Sunday, April 28, 2013

10 CIRI CALON SUAMI YANG AWESOME

    1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan.

   2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

   3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan maruahnya.

   4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

   5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

   6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

   7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

   8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

   9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

   10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.


Monday, March 25, 2013

5 Sifat Calon Suami yang Baik


1. Kuat amalan agamanya: Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat di awal waktu. Tidak dilupakan juga sentiasa menjaga auratnya.

2. Akhlaknya baik: seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan bertolak ansur. Tutur katanya juga sopan tanpa mengeluarkan kata-kata kesat.

3.Tegas menjaga maruahnya dan juga seluruh kaum kerabatnya.

4.Tidak boros tetapu tidak kedekut iaitu pandai membelanjakan wang dengan bijaksana.

5. Seorang yang amanah.

-hardcoremantis-


Saturday, February 16, 2013

Program Semester 1, 2012/2013 part 4




 JALINAN BUDI FELDA KERATONG 10 & HAYTAM LEGACY SUNRISE

Letak gambar je la....hahaha.... daripada gambar dapat menceritakan seribu pengajaran dan seribu makna..:)

JALINAN BUDI 2012
24-25 November 2012

ni gua la broo..

     Gambar ketika bergotong- royong membersih dan mengemas kini kawasan masjid.








   Gambar ketika sedang membuat pemeriksaan kesihatan terhadap penduduk-penduduk kampung.






Gambar durian + ceramah imam muda Fahkrul Razi





senyum semua... experience 








HAYTAM LEGACY SUNRISE
2 Disember 2012







lain kali buat la program lagi...

















Tuesday, January 15, 2013

Program Semester 1, 2012/2013 part 3

HURRAY dan PROGRAM Ex- LEP (Teluk Chempedak)

        Pada post kali ini saya ingin berkongsi 2 aktiviti antara yang saya terlibat dalam semester 1, 2012/2013. 2 program tersebut ialah HURRAY-Heals Ukhuwah and Recreation Day, lebih kurang la bunyinya dan Jalan-jalan di Teluk Chempedak( TC) dengan ex-LEP(english club kat CFS PJ).

        HURRAY telah diadakan pada 29 September 2012 manakala jalan-jalan ke TC telah dijalankan pada 6 Oktober 2012.

        Memang happening dua-dua program ni. Memang enjoy. For HURRAY, ramai kenalan yang saya baru kenal terutama ahli-ahli kumpulan saya Peacock. Walaupun dapat 3rd place tapi Alhamdulillah dapat juga ramai kenalan baru tambahan pula dapat meningkatkan semangat berpasukan antara ahli masing2.

       For jalan-jalan pula, memang dah lama tidak jumpa dengan rakan-rakan ex-LEP terutama sekali yang busy dengan bidang masing-masing contoh seperti medic, pharmacy, math and nursing. Saya pula sambung optometry. Memang susah la nak jumpa. So, sekali-sekala kitorang buat event and aktiviti untuk berjumpa sesama. Dukacita kerana susah nak buat aktiviti dengan ex-LEP yang menjadi pelajar UIA gombak, sebab diorang duduk jauh daripada kitorang yang berada di Kuantan, Pahang.

       Berikut ialah gambar-gambar yang sempat di capture oleh sape-sape je la yang rajin tangkap gambar.
Check it out!!!!


HURRAY 29 SEPTEMBER 2012,

The Peacock


pelukis

My group
 Gambar- gambar ketika kami beraksi untuk pasukan









 Kemenangan di tempat ke-3 keseluruhan termasuk 'the best marching performance'







JALAN-JALAN LEP TELUK CHEMPEDAK 6 OKTOBER 2012

 Event untuk reunion ex- LEP ( language enhancement programme) di CFS IIUM, PJ





                                                                   AMIGOOO :)

Monday, January 14, 2013

Program Semester 1, 2012/2013 part 2




OPTO GATHERING, 24 SEPTEMBER 2012 

        Program makan-makan yang melibatkan semua pelajar- pelajar optometri daripada 1st year sampai la 4th year utk sesi 2012/2013. Turut hadir juga ialah pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek2 untuk pelajar-pelajar optometri di UIAM ini.

        Suasana pada hari opto gathering itu sungguh meriah. Di samping dapat mengenal pelajar-pelajar 1st year yang baru sahaja masuk sebagai pelajar main campus, kitorang juga dapat mengeratkan hubungan antara sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah-pensyarah.

        Fokus utama pada malam itu mesti la makan kan. Nama pun majlis makan-makan. Ramai juga pelajar-pelajar yang sanggup berlapar perut untuk malam gathering ini. Makanan yang disediakan antaranya ialah satay (ayam dan daging) beserta kuah kacang, nasi impit untuk di cicah dengan kuah kacang, mee kari, kuih-muih, cendol, dan macam-macam lagi la.

        Program ini telah diuruskan oleh batch 2nd year iaitu salah seorangnya saya juga.hehehe. Tahniah diucapkan kerana dengan bajet yang rendah kitaorang semua dapat memeriahkan majlis tersebut.

        Suasana untuk majlis hari itu mesti susah untuk digambarkan betul x?? So, saya sertakan beberapa keping gambar untuk ditatap dalam entri saya pada kali ini. ENJOY!!!


Head of Department OPTO 2012/2013

1st year

2nd year


3rd year



4th year




Monday, March 5, 2012

Permulaan Haytam's Legacy = Taman Gelora, Kuantan, Pahang

Haytam's Legacy ialah gelaran kepada kumpulan pelajar- pelajar batch ke-8 optometri IIUM. Sebagai permulaan keluarga kami dalam Haytam's Legacy ini, kami telah mengadakan makan- makan BBQ di persisiran pantai taman gelora di Kuantan, Pahang.
Jutaan terima kasih kepada pensyarah kesayangan Haytam's Legacy kerana memberi idea dan komitment dalam menjayakan program tersebut.
Walaupun kami terpaksa merasai (memakan) pasir sedikit, tetapi kami masih puas dan berseronok di samping mengeratkan lagi perkenalan antara kami dalam keluarga ini.
Ini adalah sedikit sebanyak kepingan memori yang dapat diselitkan dalam blog ini...









Sekian, terima kasih....

Sunday, December 25, 2011

UJIAN GAYA BERCINTA ...

   Pada suatu hari, ketika sedang belajar psychology and human development, lecturer kitorang recommend kat kitorang suruh wat ujian gaya bercinta dengan caunsellor. Ini adalah untuk lihat sama ada kita ini cinta jenis apa.


Secara umumnya,terdapat enam jenis bercinta

  1.     cinta persahabatan
  2.     cinta romantis
  3.     cinta permainan
  4.     cinta logikal
  5.     cinta kepunyaan
  6.     cinta pengorbanan. 



Jom kita tengok satu-satu ciri2 bagi setiap gaya percintaan.

Cinta Persahabatan – Storage

   Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.

Cinta Romantis – Eros

   Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.


Cinta Permainan - Ludus

   Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

Cinta Logikal – Pragma

   Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendakinya.

Cinta Pengorbanan – Agape

   Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Cinta Kepunyaan – Mania

   Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.