Sunday, December 25, 2011

UJIAN GAYA BERCINTA ...

   Pada suatu hari, ketika sedang belajar psychology and human development, lecturer kitorang recommend kat kitorang suruh wat ujian gaya bercinta dengan caunsellor. Ini adalah untuk lihat sama ada kita ini cinta jenis apa.


Secara umumnya,terdapat enam jenis bercinta

  1.     cinta persahabatan
  2.     cinta romantis
  3.     cinta permainan
  4.     cinta logikal
  5.     cinta kepunyaan
  6.     cinta pengorbanan. 



Jom kita tengok satu-satu ciri2 bagi setiap gaya percintaan.

Cinta Persahabatan – Storage

   Gaya ini adalah hasil daripada persahabatan. Cinta pada pengamalnya tidak wujud secara mendadak, tetapi timbul secara perlahan-lahan. Kadang kala orang yang bercinta tidak menyedari yang mereka sudah lama dalam percintaan. Selalunya orang yang memiliki gaya ini akan mempunyai minat yang sama dengan pasangannya. Mereka juga tidak berkeupayaan untuk menyintai seseorang tanpa dikenali secara mendalam dalam jangka masa yang panjang. Sebaliknya, mereka akan mengenali pasangan itu dahulu sebelum wujudnya perasaan cinta.

Cinta Romantis – Eros

   Gaya percintaan ini merujuk kepada cinta yang wujud hasil daripada tarikan fizikal yang sangat kuat pada pertemuan pertama. Mereka yang memiliki gaya ini mahuan penyatuan dan perpaduan dalam hubungan cinta. Mereka ini seboleh-bolehnya inginkan satu identiti dengan pasangannya. Contohnya, dalam berpakaian dan mempunyai selera makan yang sama. Selalunya tarikan sosial yang menyebabkan pengamal gaya ini tertarik untuk membentuk hubungan. Pengamal gaya percintaan ini memandang cinta sebagai sesuatu yang sangat tinggi nilainya.


Cinta Permainan - Ludus

   Mereka yang mengamalkan gaya bercinta jenis ini cuba untuk mengurangkan pergantungan dan tanggungjawabnya. Mereka selalunya mempunyai lebih daripada satu pasangan cinta dalam sesuatu sama. Ini adalah kerana adanya dua atau lebih kekasih serentak lebih senang baginya melepaskan tanggungjawab kepada kedua-dua kekasihnya tadi. Mereka yang mengamalkan gaya ini juga selalunya tidak serius dalam bercinta dan tidak mendalam perasaan cintanya, sebaliknya mereka suka memainkan perasaan ataupun membiarkan pasangannya tertanya-tanya apakah perasaan mereka sebenarnya dan berapa dalamkah penglibatan cinta mereka itu. Pengamal gaya ini juga tidak mempunyai rancangan jangka panjang dalam hubungan cinta, lebih suka membuat hubungan secara mendadak dan tidak teratur. Dengan ini, hubungan mereka jarang sekali mesra terutama daripada segi emosi dengan pasangannya. Ini disebabkan mereka lebih suka bebas dan tidak mahu kebebasannya diganggu oleh sesiapa sahaja termasuklah pasangannya sendiri.

Cinta Logikal – Pragma

   Gaya logikal merujuk kepada gaya bercinta yang mana individu yang terlibat cuba mencari pasangan yang terbaik untuknya. Ia akan menetapkan ciri-ciri khusus dan cuba mencari pasangan yang sesuai dengan atau mengikut ciri-ciri khusus tersebut. Sekiranya pasangan yang sesuai telah ditemui, sebarang kemungkinan untuk berpisah selalunya akan ditangguh hubungan cintanya sehingga mereka betul-betul merasakan individu yang ditemui itu memenuhi kriteria yang dikehendakinya.

Cinta Pengorbanan – Agape

   Gaya pengorbanan merujuk kepada mereka yang suka membantu, amat memahami dan pemaaf. Gaya bercinta ini terlalu ekstrim menyebabkan individu terlalu penyabar terhadap objek yang dicintainya. Pengorbanan ini menyebabkan pemikirannya terbatas. Pengamal gaya bercinta ini juga bersikap terbuka kerana ia boleh menerima cinta daripada orang yang berbeza-beza personalitinya. Pengamal gaya percintaan ini akan memberikan cinta dan kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat kepada pasangannya. Pengamal gaya percintaan ini juga sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang mereka cintai itu bahagia dan selesa, bahkan mereka rela mengenepikan cita-cita ataupun kehendak dirinya sendiri asalkan pasangan mereka berjaya mendapatkan apa yang dikehendakinya.

Cinta Kepunyaan – Mania

   Gaya ini merujuk kepada pengamal yang memiliki sifat cemburu kerana mementingkan ingin bersama setiap masa. Ia tidak suka kepada perpisahan dan semua aktiviti mahu dilakukan bersama. Individu ini menjadi beban kepada orang lain kerana ia sangat mementingkan diri sendiri. Mereka juga sangat kuat dengan perasaan ingin mengawal, mengongkong dan memiliki dan pada masa yang sama juga mahu merasa dimiliki oleh pasangannya. Oleh itu, mereka ini sentiasa mencurigai kejujuran dan keutuhan cinta pasangan masing-masing.

Friday, November 4, 2011

10 WASIAT HASAN AL- BANNA

1. Selepas kamu mendengar azan segeralah kamu bangun serta merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al- Quran atau pergilah belajar menuntut ilmu. Janganlah membuat perkara yang tidak bermanfaat.

3. Berusahalah sedaya- upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushohah ( bahasa Arab yang terdapat di dalam Al- Quran dan Hadis Nabi) kerana ia merupakan satu syiar Islam.

4. Janganlah berdebat dalam apa perkara pun, kerana pertelingkahan kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan banyak bergurau, kerana umat yang berjihad itu ialah umat yang sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring (kuat) daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan- pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang bermanfaat.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang kita tidak diminta untuk berbuat demikian ( rakan dengan ikhlas dengan semua) kerana asas- asas Islam ialah berkenalan dan berkasih sayang.

10. Kewajipan lebih banyak daripada waktu. Oleh itu, bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika kita sedang berurusan dengan sesuatu maka singkatkanlah perlaksanaannya.

"Renung- Renungkan dan Selamat Beramal"

Tuesday, July 26, 2011

Kerjaya Pakar Kiropraktik

      Pada masa ini, kita haruslah buka mata kita luas-luas dalam mencari rezeki. 
Ramai orang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi doktor dan seumpamanya kerjaya popular yang lain. Kita tidak tahu yang ada kerjaya lain yang kita tidak tahu ataupun tidak diberitahu oleh cikgu-cikgu di sekolah tentang kerjaya tersebut contohnya pakar kiropraktik. Ramai yang tidak tahu yang pakar kiropraktik boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM 600 ribu dalam setahun. Justeru dalam masa sebulan boleh mencecah RM 10k sebulan atau lebih.
     Tambahan pula, pakar kiropraktik maksimum masa kerja untuk mereka dalam sehari ialah 8 jam sahaja berbeza dengan doktor yang bekerja lebih masa dan memperoleh lebih banyak panggilan kecemasan dalam sehari.
     Jom kita mengenali lebih mendalam tentang apa itu kiropraktik...


Sejarah Kiropraktik:

    Di Negara-negara barat ini rata-rata mereka telah mengiktiraf teknik kiropraktik ini. Rawatan ini berbeza dengan rawatan alternative yang lain kerana ia mempunyai kolej-kolej yang tersendiri untuk mempelajari tentang rawatan kiropraktik ini. Mereka juga mempelajari sukatan pelajaran lebih kurang sama dengan pelajar-pelajar jurusan kedoktoran yang lain.

    Menurut Dr. Andre M,Abader dari Pusat Kiropraktis, Subang Jaya. Rawatan kiropraktik ini dilihat secara menyeluruh (holistically) yang berkaitan denagn otot, skeleton, dan system saraf. Sistem saraf mengawal fungsi setiap sel, tisu dan organ. Tempurung kepala bertanggungjawab melindungi otak, korda spina pula diliputi oleh 24tulang vertebra yang bergerak dan sangat sensitive.Bila berlaku ketidakseimbangan tulang-tulang atau turutan tulang yang tidak normal ia boleh mengakibatkan keradangan dan mengganggu system vascular darah dan system saraf. Gangguan ini boleh mengakibatkan kesakitan dan mengganggu system saraf.  

    Tubuh manusia boleh kita ibaratkan dengan sebuah kereta. Jika kita sedang memandu dan didapati stering bergoyang (shaking). Bila dihantar kepada mekanik, bukan stereng yang rosak tetapi tayar yang sudah lari dari alignment. Tayar yang tidak seimbang boleh menyebabkan stereng bergoyang. Begitu juga dengan kiropraktik kita melihat secara fizikal” ujar Dr. Andre yang berasal dari Afrika Selatan ini.

“ Pakar kiropraktik akan memperbetulkan bahagian spina yang ‘ terkeluar’ atau dislokasi dari struktur tulang supaya kembali ke kedudukan asalnya. Selalunya pakar kiropraktik akan melakukan prosedur biasa menggunakan pergerkan tangan yang dipanggil penyesuaian spina, pakar akan memberi sedikit tekanan, memulas atau menarik kepada sendi spina tersebut,” ujarnya.



Ujian fizikal dan diagnosis
    Bila seseorang pesakit datang meminta rundingan dari pakar kiropraktik pertama sekali doctor akan mencatat semua sejarah perubatan pesakit tersebut. Pakar Kiropraktik akan mengenal pasti kawasan yang sakit atau kecederaan. Ujian tulang belakang akan dilakukan untuk mengetahui keadaan otot, sendi (joint), ligament, tendon, system saraf dan tisu-tisu lembut yang lain. Selalunya pesakit dikehendaki untuk melakukan ujian X-Ray ataupun ujian darah. Rawatan kiropraktik ini menawarkan rawatan seperti fisioterapi, akuountur, pemakanan (nutrition), pemulihan (senaman) dan pemampatan unsur panas dan sejuk.

    Selain merawat sakit belakang kiropraktik juga boleh merawat bone spurs, sciatica, scoliosis, sakit lutut dan buku lali, whiplash, sindrom carpel tunnel, sakit kepala dan migraine, sakit leher, osteoporosis dan sebagainya.

    Kesan sampingan terhadap rawatan ini adalah paling minima. Pakar kiropraktik juga selalunya akan menasihati pesakit mengamalkan prinsip mencegah lebih baik dari mengubati. Tukarlah cara hidup, betulkan postur badan, jaga pemakanan, senaman yang betul dan sikap yang positif.

Kelebihan Kaedah Kiropraktik
  • Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan
  • Meningkatkan tenaga
  • Tidur yang lebih selesa
  • Membantu baiki postur tubuh
  • Melambatkan penuaan
  • Natural
  • Tidak sakit
  • Tiada ubat-ubatan.                            
    Pakar Kiropraktik dikenali di seluruh dunia sebagai pakar kesihatan tulang dan kecederaan bersukan. Doktor kita mempunyai kemahiran dalam teknik kiropraktik seperti:- “Diversified, Gonstead, Thompson Drop Piece, Toggle Recoil, Biomechanical Blocking, Flexion/Distraction, Soft Tissue and Trigger Point Therapy.
Rujukan: 
1.http://www.hsc.com.my/bm/chiropractor.php

Saturday, January 22, 2011

KURSUS PENYEMBELIHAN DI UIA PJ 2011

     Pada tanggal 15 Januari 2011, ak telah menyertai kursus penyembelihan atau nama lainnya slaughtering course.Kursus ini diajar oleh ustaz berpengalaman luas yang bernama Ustaz Ali.Byk ilmu yang dia berkongsi dengan kitorang(pergi dgn rumate n jiran bilik).Inilah babak2 pada aritu.
Ustaz Ali
 

Selepas 1 jam Ustaz Ali cerita pasal teori dan rukun serta hukum2 penyembelihan, peserta dikehendaki pergi ke kawasan penyembelihan untuk praktikal pulak.INILAH PERTAMA KALI AKU SEMBELIH BINATANG!!!. hehe.

putuskan urat marith dan urat khalkum





bismillah!!!



Pada malam pulak, kitorang makan barbeque hasil sembelihan kitorang sendiri. Makan ayam yang kita sembelih memang sedap sehingga menjilat jari. Barbeque tu kitorang makan dengan nasi goreng. Delicious!!