Monday, January 14, 2013

Program Semester 1, 2012/2013 part 2




OPTO GATHERING, 24 SEPTEMBER 2012 

        Program makan-makan yang melibatkan semua pelajar- pelajar optometri daripada 1st year sampai la 4th year utk sesi 2012/2013. Turut hadir juga ialah pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek2 untuk pelajar-pelajar optometri di UIAM ini.

        Suasana pada hari opto gathering itu sungguh meriah. Di samping dapat mengenal pelajar-pelajar 1st year yang baru sahaja masuk sebagai pelajar main campus, kitorang juga dapat mengeratkan hubungan antara sesama pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah-pensyarah.

        Fokus utama pada malam itu mesti la makan kan. Nama pun majlis makan-makan. Ramai juga pelajar-pelajar yang sanggup berlapar perut untuk malam gathering ini. Makanan yang disediakan antaranya ialah satay (ayam dan daging) beserta kuah kacang, nasi impit untuk di cicah dengan kuah kacang, mee kari, kuih-muih, cendol, dan macam-macam lagi la.

        Program ini telah diuruskan oleh batch 2nd year iaitu salah seorangnya saya juga.hehehe. Tahniah diucapkan kerana dengan bajet yang rendah kitaorang semua dapat memeriahkan majlis tersebut.

        Suasana untuk majlis hari itu mesti susah untuk digambarkan betul x?? So, saya sertakan beberapa keping gambar untuk ditatap dalam entri saya pada kali ini. ENJOY!!!


Head of Department OPTO 2012/2013

1st year

2nd year


3rd year



4th year




No comments:

Post a Comment